Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Harga logam mencatatkan penurunan secara mendadak semalam dengan perak dan platinum susut daripada paras tertinggi yang dicapai pada awal sesi dagangan.
Kejatuhan itu disebabkan oleh pelabur mula mengambil keuntungan selepas harga logam mencatat kenaikan positif baru-baru ini.
Harga platinum menjunam 14.5% kepada $2,096.53 per auns selepas merekodkan paras tertinggi sebanyak $2,478.50 pada awal sesi dagangan.
Perak turut menyusut 9.5% kepada $71.66 per auns, berundur daripada rekod tertinggi sebanyak $83.62.
Sementara itu, palladium spot pula merosot 15.9% kepada $1,617.47 per auns.
Harga emas spot mencatatkan penurunan sebanyak 4.5% kepada $4,330.79 per auns pada 1:51 petang ET (1851 GMT) selepas merekodkan paras tertinggi $4,549.71 pada Jumaat lepas.
Pada masa sama, niaga hadapan emas Amerika Syarikat (AS) bagi penghantaran Februari merosot 4.6% kepada $4,343.60.
Sepanjang tahun ini, harga emas meningkat sekitar 65%, manakala platinum dan palladium pula menunjukkan prestasi positif dengan potensi keuntungan tahunan.
Perak mencatatkan kenaikan sebanyak 147%, disokong oleh statusnya sebagai mineral kritikal, kekurangan bekalan, serta permintaan tinggi daripada sektor perindustrian dan pelabur.

























































