Pengerusi Eksekutif Public Gold Group, Datuk Seri Ng Chun Hau memaklumkan bahawa selain emas, perak juga mencatat peningkatan permintaan yang berpotensi mendorong kenaikan harganya.
Beliau turut menyatakan bahawa perak lebih terhad berbanding emas, serta mempunyai permintaan tinggi dalam pembuatan kenderaan elektrik (EV), panel solar dan iPhone yang menunjukkan potensi besar bagi logam berkenaan.
Chun Hau berkata berdasarkan laporan Majlis Emas Dunia, perak telah mengalami defisit sejak lima tahun lalu, dan jika permintaan untuk produk berteknologi tinggi terus meningkat, harga perak dijangka melonjak.
Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa jumlah dagangan perak hanya mewakili kira-kira 5% daripada dagangan emas.
Menurut XAG Silver Spot, perak ditutup pada $53.36 setiap troy auns pada 26 November 2025, mencatat kenaikan 80.45% setakat tahun ini yang mencerminkan harga pasaran semasa.
Perak juga mengikuti trajektori emas selepas mencapai paras tertinggi pada $57.785 yang dicapai pada 1 Disember 2025.


























































