Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menaikkan sedikit unjuran pertumbuhan ekonomi bagi United Kingdom tahun ini, menurut penilaian berkala terhadap ekonomi negara tersebut.
IMF turut menasihatkan Menteri Kewangan UK, Rachel Reeves supaya terus komited dengan rancangan beliau untuk mengurangkan pinjaman awam.
IMF kini menjangkakan pertumbuhan UK akan mencecah 1.2% tahun ini, sedikit meningkat berbanding ramalan 1.1% yang dibuat pada April lalu.
Walaupun berdepan cabaran daripada tarif AS yang dijangka mengurangkan keluaran tahunan sebanyak 0.3%, pertumbuhan dijangka meningkat kepada 1.4% menjelang 2026.
Ketua misi IMF ke UK, Luc Eyraud, memaklumkan semakan semula ramalan itu dibuat susulan prestasi kukuh KDNK pada suku pertama tahun ini.
Beliau turut menekankan daya tahan ekonomi UK di tengah-tengah persekitaran luar yang rumit dan tidak menentu.
IMF juga menjangkakan bahawa Bank of England (BoE) akan mengurangkan kadar faedah sebanyak suku mata setiap suku tahun sehingga ia mencecah sekitar 3%. Ini merupakan pengurangan ketara daripada kadar semasa iaitu 4.25%, menurut Eyraud.