Aktiviti rangkaian Bitcoin menunjukkan penurunan ketara dalam bilangan transaksi harian, turun daripada lebih 730,000 kepada sekitar 320,000–500,000 pada tahun 2025. Penurunan ini berpunca daripada penyusutan transaksi bukan monetari. Namun begitu, walaupun jumlah transaksi menurun, jumlah nilai penyelesaian harian kekal tinggi iaitu sekitar $7.5 bilion sehari. Ini menunjukkan entiti besar terus menguasai rangkaian.
Saiz purata setiap transaksi kini meningkat kepada sekitar $36,000, manakala 89% daripada keseluruhan volum kini datang daripada transaksi melebihi $100,000, berbanding hanya 66% pada tahun 2022. Ini jelas menunjukkan dominasi pemain institusi dalam rantaian Bitcoin. Tambahan pula, walaupun harga kekal tinggi, yuran transaksi kekal rendah, yang biasanya tidak berlaku dalam pasaran menaik satu petanda aktiviti kini dikawal oleh pengguna berskala besar dan bukannya pelabur runcit.
Firma analitik Santiment turut mencatat perbezaan besar antara aktiviti dompet elit dan pelabur runcit. Ketika dompet besar mengumpul Bitcoin, pelabur kecil menunjukkan tanda-tanda panik dan hilang keyakinan. Sejarah menunjukkan bahawa corak seperti ini selalunya mendahului lonjakan besar dalam pasaran kripto, apabila pelabur kecil menjual dan jerung mula membeli.
Pada masa yang sama, Bitcoin Fear and Greed Index telah kembali ke zon neutral, menunjukkan pelabur kini berada dalam fasa tunggu dan lihat. Penganalisis menjangkakan bahawa apabila tekanan runcit reda dan dompet besar terus menyerap bekalan, momentum menaik baharu berpotensi tercetus menandakan permulaan fasa baharu dalam pasaran kripto global.