Ketiga-tiga indeks utama Wall Street mencatatkan penurunan pada sesi dagangan Selasa, dengan kebanyakan sektor dalam S&P 500 merekodkan kerugian.
Indeks S&P 500 menurun 0.35% kepada 23.89 mata, Dow Jones jatuh 0.45% kepada 215.67 mata, manakala Nasdaq yang berfokus kepada sektor teknologi merudum 0.14% kepada 32.22 mata.
Hasil Perbendaharaan meningkat ketika pelabur menumpukan perhatian terhadap kemaskini dasar monetari Federal Reserve (Fed) yang akan diumumkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) selama dua hari.
Dalam perkembangan lain, jangkaan untuk pemotongan kadar faedah pada Disember semakin kukuh selepas data minggu lalu menunjukkan Indeks Perbelanjaan Penggunaan Perbelanjaan Peribadi (PCE) meningkat secara sederhana menjelang akhir suku ketiga.
Menurut FedWatch CME, pelabur kini meletakkan 89% kemungkinan pemotongan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada Rabu.
Bagaimanapun, prospek tahun 2026 kekal tidak menentu dengan penganalisis menjangka ‘pemotongan hawkish’ apabila Pengerusi Fed, Jerome Powell memberi isyarat berhati-hati terhadap sebarang pelonggaran selanjutnya.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah meluluskan perjanjian yang membolehkan Nvidia meneruskan semula penghantaran cip kecerdasan buatan (AI) H200 ke China.
Trump turut menegaskan bahawa hanya ‘pelanggan yang diluluskan’ di China dan wilayah lain dibenarkan membeli cip tersebut, manakala kerajaan AS akan menerima 25% daripada nilai setiap jualan.
Kelulusan perjanjian itu menyaksikan saham Nvidia melonjak lebih 2% dalam dagangan selepas waktu penutupan pasaran.






















































