Indeks utama Wall Street ditutup lebih rendah pada sesi dagangan Khamis, menyaksikan indeks S&P 500 dan Nasdaq merosot ke paras terendah dalam tempoh tiga minggu.
Kejatuhan ini disebabkan oleh kebimbangan berterusan mengenai pelaburan kecerdasan buatan (AI) yang mula menjejaskan prestasi saham teknologi.
Saham Oracle merosot 5.4% selepas syarikat Blue Owl Capital dilaporkan menarik diri daripada perjanjian pusat data bernilai $10 bilion.
Saham Amazon jatuh 0.6% selepas syarikat itu mengadakan rundingan dengan OpenAI mengenai pelaburan cip AI bernilai $10 bilion.
Pada masa sama, kebimbangan mengenai peningkatan beban hutang dalam sektor teknologi bagi membiayai pembangunan AI turut menjejaskan sentimen pelabur, sekali gus mencetuskan aktiviti penjualan.
Indeks Dow Jones menyusut 0.47% kepada 228.29 mata, S&P 500 menurun 1.16% kepada 78.83 mata, manakala Nasdaq yang berfokus kepada sektor teknologi menjunam 1.81% kepada 418.14 mata.
Bagaimanapun, saham tenaga mencatatkan peningkatan selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengarahkan sekatan terhadap semua kapal tangki minyak yang keluar dan masuk dari Venezuela.
Saham ConocoPhilips dan Occidental Petroleum masing-masing meningkat lebih 4%.
Jumlah dagangan di bursa AS bernilai $17.92 bilion saham, berbanding purata $16.97 bilion dalam tempoh 20 hari dagangan terakhir.




















































