Niaga hadapan saham Amerika Syarikat (AS) ditutup bercampur-campur apabila pelabur beralih daripada saham teknologi bernilai tinggi kepada segmen pasaran yang lebih berpatutan.
Indeks Dow Jones meningkat 0.1% kepada 48,525.0 mata, S&P 500 tidak berubah pada 6,830.0 mata, manakala Nasdaq yang berfokus kepada sektor teknologi jatuh 0.2% kepada 25,174.50 mata.
Dalam perkembangan lain, saham Oracle merosot 12.7% manakala Broadcom jatuh 7.8% minggu lalu apabila kebimbangan terhadap keuntungan dan kemampanan pelaburan berkaitan kecerdasan buatan (AI) semakin meningkat.
Perjanjian Oracle dan OpenAI juga mencetuskan ketidakpastian kepada pasaran selepas syarikat baharu AI itu menyumbang sebahagian besar daripada komitmen pendapatan syarikat pada masa hadapan.
Sementara itu, pemotongan kadar inflasi selanjutnya dijangka meningkatkan pertaruhan terhadap lebih banyak pemotongan kadar faedah akan dilaksanakan oleh Fed.
Bank pusat telah menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas minggu lalu seperti yang dijangkakan, sekali gus menegaskan bahawa keputusan kadar faedah seterusnya akan bergantung pada hala tuju ekonomi AS.
Pelabur turut menilai semula hala tuju kemungkinan pemotongan kadar faedah selanjutnya oleh Federal Reserve (Fed) pada tahun hadapan.
Tumpuan pasaran pada minggu ini akan tertumpu kepada data Indeks Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) bulan November yang akan diterbitkan pada Khamis.
Pada masa sama, beberapa syarikat utama seperti Micron Technology, Nike, FedEx, CarMax dan Carnival akan mengeluarkan laporan pendapatan syarikat masing-masing.



















































