Peruncit di negara India menjalankan tindakan boikot ke atas semua produk Turkiye seperti kopi, pakaian, coklat dan jem didorong kerajaan Turkiye memberikan sokongan penuh kepada Pakistan.
Selain itu, Presiden Turkiye, Tayyip Erdogan menyatakan soliditi terhadap negara Islam itu selepas tentera India menyerang daerah Kashmir selama empat hari sebelum gencatan senjata dilaksanakan.
All India Consumer Products Distributors Federation (AICPDF) memberitahu mereka memboikot barangan negara itu, sekaligus menjejaskan keluaran wafer, jem, coklat, biskut dan produk penjagaan kulit.
Laman web fesyen India, Myntra juga menyingkirkan jenama pakaian Turkiye seperti Trendyol, LC Waikiki dan Mavi demi memelihara kepentingan negara.
Seterusnya, pentadbiran India tidak mengarahkan syarikat memboikot negara itu kerana import India ke Turkiye bernilai $2.7 bilion melibatkan bahan api mineral dan logam berharga.
Pelaksanaan boikot dianggap penting selepas AICPDF menyebutkan menghentikan sekatan ini boleh menjejaskan hampir $234 juta produk makanan dan import pakaian $81 juta tahun lalu.
Ketua Menteri Himachal Pradesh, Sukhvinder Singh Sukhu mengulas beliau bakal melarang import epal dari Turkiye dianggarkan berjumlah $60 juta.
Rakyat India turut membatalkan hasrat percutian ke Turkiye dan menghentikan operasi pelepasan keselamatan firma pengendalian penerbangan di Celebi, Turkiye.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.