Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan bahawa inflasi Malaysia meningkat kepada 1.2% dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) mencatatkan 134.7 pada Julai 2025 berbanding 133.1 pada bulan yang sama tahun lalu.
Menurut kenyataan DOSM hari ini, inflasi dalam kumpulan insurans dan perkhidmatan kewangan meningkat daripada 1.5% pada bulan lalu kepada 5.5%, menjadi punca utama kenaikan inflasi.
DOSM juga berkata inflasi pada Julai 2025 meningkat didorong oleh kenaikan harga kumpulan insurans dan perkhidmatan kewangan, restoran dan penginapan (Jun:2.8%) serta pengangkutan 0.4% (Jun :0.3%).
Peningkatan ketara itu disebabkan oleh caj premium insurans faedah hospital melonjak 14.7% (Jun 2025:0.4%) dan insurans motosikal/skuter meningkat 1.8% (Jun 2025:1.3%).
Kumpulan makanan dan minuman yang menyumbang 29.8% daripada IHP, mencatatkan peningkatan lebih perlahan iaitu 1.9% pada Julai 2025 daripada 2.1% pada bulan sebelumnya.
Perkembangan ini dipacu oleh inflasi makanan di luar rumah sebanyak 4.3% (Jun 2025:4.7%), manakala inflasi makanan di rumah menurun sedikit kepada -0.3% (Jun 2025:-0.4%).
Purata harga diesel di Semenanjung Malaysia ialah RM2.89 seliter berbanding RM3.35 seliter pada Julai 2024 (Jun 2025:RM2.78), manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
Inflasi di peringkat negeri pula menunjukkan 12 negeri berada di bawah kadar nasional 1.2%, manakala Kelantan mencatatkan inflasi terendah iaitu 0.0% pada Julai 2025.