Indeks inflasi pilihan Fed, PCE, meningkat 2.7% pada bulan Ogos, sedikit lebih tinggi berbanding 2.6% pada Julai dan tertinggi sejak Februari. Inflasi teras, tidak termasuk makanan dan tenaga, kekal pada 2.9%, sejajar dengan jangkaan.
Walaupun inflasi telah reda sejak kemuncak pada 2022–2023 selepas Fed menaikkan kadar sebanyak 11 kali, kadar tahunan masih kekal melebihi sasaran 2%. Pada minggu lalu, Fed menurunkan kadar buat kali pertama tahun ini untuk menyokong pasaran pekerjaan yang lemah.
Walaubagaimanapun, bank pusat kekal berhati-hati daripada melakukan lebih banyak pemotongan kerana bimbang kesan tarif import besar-besaran oleh Presiden Trump terhadap inflasi dan ekonomi keseluruhan. Trump pula berulang kali menggesa Fed bertindak lebih agresif, malah mengkritik Pengerusi Jerome Powell dengan gelaran yang sinis.
Ketegangan politik turut meningkat apabila Trump cuba memecat ahli lembaga Fed, Lisa Cook, langkah yang kini dicabar di Mahkamah Agung. Dalam pada masa yang sama, Fed mengekalkan keutamaan kepada indeks PCE berbanding CPI kerana ia lebih tepat menangkap perubahan corak perbelanjaan pengguna ketika inflasi tinggi.