Inflasi zon Eropah perlahan sedikit kepada 2.1% pada Oktober daripada 2.2% bulan sebelumnya, sejajar dengan jangkaan penganalisis, berdasarkan data Eurostat. Penurunan kos tenaga menampung peningkatan harga dalam sektor perkhidmatan, manakala inflasi teras kekal pada 2.4%.
ECB mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada Khamis dan menegaskan inflasi kini hampir sasaran 2%. Bank menjangka inflasi akan turun di bawah 2% pada 2025 sebelum kembali ke sasaran pada 2027, satu pandangan yang disokong oleh tinjauan ECB terhadap syarikat dan pengguna.
Prospek inflasi yang stabil ini mengukuhkan jangkaan bahawa ECB telah menamatkan kitaran pemotongan kadar. Pasaran hanya melihat kemungkinan sekitar 40% untuk satu lagi pemotongan kadar menjelang pertengahan tahun depan, selepas bank menurunkan kadar sebanyak 2 mata peratusan dalam tempoh setahun.
Waima begitu, beberapa penggubal dasar memberi amaran bahawa risiko kini condong ke arah inflasi terlalu rendah, dengan tekanan harga dijangka turun di bawah 2% pada awal tahun depan. Ini boleh menjejaskan jangkaan harga perniagaan dan mengekalkan inflasi lemah untuk tempoh lebih lama.
Sebaliknya, tinjauan ekonomi terkini menunjukkan aktiviti meningkat dan sentimen bertambah baik, memberi keyakinan bahawa risiko kelembapan mungkin semakin reda, dan membantu mengurangkan kebimbangan terhadap deflasi.













 
			



![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-360x180.png)


























 
					






