Setelah lama berdiam diri, Britain akhirnya menunjukkan taringnya dengan menghantar HMS Prince of Wales – kapal perang bernilai £3 bilion (kira-kira RM17 bilion) untuk mengelilingi sebanyak 40 negara dari Mediterranean hingga ke Australia.
Misi global yang akan mengambil masa selama lapan bulan itu bukan sekadar pelayaran rutin melainkan disertakan dengan mesej yang jelas dan keras kepada pesaing seperti Rusia dan China “Jangan cabar kami!”
Kapal seberat 65,000 tan itu dilengkapi dengan jet pejuang F-35, dron taktikal dan helikopter anti-kapal selam, meninggalkan Portsmouth diiringi sorakan rakyat, lalu menyertai armada Norway dan Kanada dalam misi dikenali sebagai Operasi Highmast.
Misi ini merupakan satu pertunjukan kuasa besar yang dirancang rapi untuk mengukuhkan pengaruh UK di Indo-Pasifik.
Namun di sebalik segala kekuatan dan simbol ketenteraan ini, timbul persoalan:
Adakah ini sekadar simbolik?
Atau sebenarnya, satu langkah strategik menuju konfrontasi dunia yang lebih besar?