Pihak Berkuasa Am bagi Statistik Arab Saudi (GASTAT) telah mengumumkan statistik umrah bagi suku kedua 2025, dengan jumlah keseluruhan 5,443,393 jemaah dari dalam dan luar negara.
Daripada jumlah tersebut, 3,352,506 jemaah ialah lelaki (61.6%), manakala 2,090,887 jemaah ialah wanita (38.4), menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Laporan itu menunjukkan bahawa 1,090,327 jemaah tempatan menunaikan umrah dalam tempoh berkenaan, iaitu 48.4 peratus daripada keseluruhan jemaah.
Dalam pada itu, bilangan jemaah yang tiba dari luar negara ialah 1,324,418 termasuk 653,513 lelaki (49.3%) dan 670,905 wanita (50.7%).
Bagi pintu masuk, 71.6% jemaah luar negara tiba melalui udara, 28.2% melalui darat, manakala 0.2% melalui laut.
Statistik umrah dikeluarkan secara berkala bagi memberikan data tepat mengenai jumlah pelawat dari dalam dan luar negara, sekali gus menjadi rujukan penting untuk menyokong dasar serta perancangan berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah.
Pihak berkuasa menegaskan bahawa peningkatan jumlah jemaah disokong oleh pelaburan dalam infrastruktur pengangkutan dan penginapan di kawasan tanah suci.
Analisis awal menunjukkan bahawa musim puncak umrah kini semakin meningkat sepanjang tahun, berbeza dengan corak tradisional yang tertumpu pada bulan tertentu.
























































