Satu lagi tarif terhadap kayu dijangka akan dilaksanakan setelah Presiden Donald Trump mengarahkan Setiausaha Perdagangan Howard Lutnick untuk meneliti risiko keselamatan negara import kayu di bawah Seksyen 232 Akta Pengembangan Perdagangan 1962.
Hal ini boleh mendorong tarif yang lebih tinggi ke atas kayu import.
Sebelum ini Kanada dan Mexico dijangka akan dikenakan tarif sebanyak 25%.
Semakan tersebut dijangka akan menelan masa selama 270 hari.
Bagi meningkatkan bekalan kayu domestik dalam pasaran Amerika Syarikat (AS), Trump telah mengarahkan kelulusan permit lebih cepat untuk pembalakan di tanah awam dan langkah pemulihan pokok tumbang yang disebabkan faktor semula jadi.
Pada masa yang sama, Trump juga meminta kelulusan diperkemas di bawah Akta Spesies Terancam yang akan membolehkan permohonan penebangan di kawasan tersebut lebih cepat.
Tarif ini jika dilaksanakan dijangka akan memberi kesan yang buruk kepada pembina rumah yang boleh mendorong kos perumahan naik.