Gergasi kripto, Bitcoin catat kejatuhan di bawah paras $80,000 apabila para pelabur bersiap sedia berhadapan aliran pasaran kewangan yang berisiko selepas ekuiti AS mengalami kemerosotan terburuk sejak 2020 berikutan pelancaran tarif global Presiden Donald Trump.
Pada pertengahan dagangan Isnin, Bitcoin berada pada paras $75,576 iaitu susut 3.52% sejak ia dibuka pada sesi Asia.
Pasaran kripto kebiasaannya didagangkan mengikuti rapat saham teknologi tinggi dan dijadikan sebagai penunjuk utama pasaran. Sektor tersebut mengalami kemerosotan meluas pada minggu lepas dan mengheret Bitcoin untuk bertahan sekitar harga $80,000.
Selain itu, pasaran mata wang kripto lain juga mengalami kerugian besar-besaran semalaman seperti Ethereum dan Solana hilang kira-kira 12% masing-masing.
Kejatuhan Bitcoin mencetuskan gelombang pembubaran yang panjang, kerana peniaga yang bertaruh pada kenaikan harganya terpaksa menjual aset mereka untuk menampung kerugian.
Para pelabur terpaksa bergelut untuk menjual aset kripto mereka sejak penghujung minggu lepas kerana menjangkakan serangan tarif besar-besaran yang menimbulkan kebimbangan kemelesetan global.