Tarif trump mula dirasai oleh pengusaha kilang di China, menurut salah sebuah pengusaha yang membuat kulit tiruan untuk kasut, terdapat permintaan dari pelanggannya untuk dia menurunkan harga.
Kebanyakan mereka adalah yang terlibat dengan penjualan kasut ke Amerika Syarikat (AS).
Menurutnya lagi, jika keadaan bertambah teruk, dia mungkin perlu menukar perniagaannya dan memberi tumpuan kepada penjualan di China.
Beberapa syarikat telah pun memindahkan kilang mereka ke negara lain bagi mengelak dari tarif yang dikenakan Trump.
Sementara itu, kilang pakaian di Guangzhou kekal aktif, membekalkan jenama kos rendah seperti Shein dan Temu.
Hal tersebut didorong oleh pengecualian cukai ke atas barangan yang bersaiz kecil.
Walaupun terdapat khabar angin bahwa pengecualian tersebut akan berubah, ramai percaya permintaan terhadap barang yang rendah akan sentiasa ada.