Angka laporan inflasi iaitu indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) yang rendah berjaya mendorong kembali Wall Street catatkan peningkatan pada Khamis dengan saham teknologi dilihat paling unggul.
Saham Amerika pada Rabu dilihat memberi kesan terhadap pergerakan pada Khamis apabila S&P 500 dan Nasdaq Composite masing-masing meningkat 0.49% dan 1.22%, berbeza dengan Dow yang turun sebanyak 0.2%.
Antara saham teknologi yang mendahului ialah Nvidia yang naik sebanyak 6.4%, Tesla naik 7.6%, Platform Meta berjaya mengukuh sebanyak 2.3%, Palantir Technologies dan Netflix masing-masing berjaya naik sebanyak 7.2% dan 2.8%.
Sementara, Pelantikan Lip Bu Tan sebagai CEO baru Intel dilihat memberi kesan yang positif kepada saham Intel apabila berjaya mengukuh lebih 10%.
Namun, Adobe menghadapi nasib malang apabila sahamnya turun 4% selepas mendedahkan ramalan pendapatan yang lemah untuk fiskal suku kedua.