Beberapa letupan kuat dilaporkan menggegarkan ibu negara Qatar, tidak lama selepas Israel memaklumkan kepada The Associated Press bahawa pihaknya menyasarkan pemimpin Hamas di Doha.
Pada awalnya, Israel tidak menyatakan secara khusus lokasi sasaran serangan udara tersebut, namun perkembangan semasa mengaitkannya dengan situasi berkenaan.
Menurut saksi yang dipetik oleh Reuters, beberapa letupan kuat kedengaran di ibu kota Doha dengan asap hitam tebal menjulang berhampiran stesen minyak Legtifya.
Di kawasan bersebelahan, terdapat sebuah penempatan kecil yang dikawal ketat oleh pasukan pengawal Emir Qatar sejak tercetusnya konflik Gaza.
Al Jazeera, memetik sumber Hamas melaporkan bahawa serangan tersebut menyasarkan pasukan perunding Hamas yang sedang bermesyuarat bagi membincangkan tawaran gencatan senjata terbaharu dari Amerika Syarikat (AS).
Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Esmaeil Baqaei menegaskan bahawa serangan itu merupakan pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa serta ancaman serius terhadap keselamatan rakyat di negara tersebut.
Kerajaan Qatar turut mengecam tindakan Israel itu sebagai ‘pengecut’ dan menyifatkannya sebagai pencabulan terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa.