Saham Wall Street Amerika Syarikat (AS) mengalami peningkatan baik selepas merekodkan pergerakan sama kelmarin.
Indeks-indeks utama melonjak didorong oleh perjanjian AS dan China untuk menghentikan isu perang tarif selama tempoh 90 hari.
Indeks Dow Jones menokok 0.32%, S&P 500 menaik 0.09%, manakala Nasdaq berfokus kepada industri teknologi mencanak 0.02%.
Rundingan berjalan baik selepas Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer dan Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent bertemu pegawai ekonomi tertinggi China bagi membahas isu perang dagangan AS-China.
Kerajaan AS bersetuju merendahkan tarif import China kepada 30% daripada 145%, manakala Republik China pula mengurangkan duti import AS daripada 125% kepada 10%.
Para pelabur juga berasa gembira selepas Beijing dan Washington berbaik semula susulan konflik tarif berlarutan antara dua negara.
Namun pasaran dalam keadaan berjaga-jaga berikutan terdapat beberapa isyarat yang menunjukkan rundingan bakal kembali tegang semula.
Seterusnya, agensi Moody’s bertindak menurunkan penarafan kredit AS kepada ‘AA1’ daripada ‘AAA’ sejak 1919, sekaligus memastikan hasil perbendaharaan AS menjadi lebih tinggi.
Langkah itu dibuat ekoran kebimbangan terhadap hutang $36 trillion yang dijangkakan melebar akibat rancangan pemotongan cukai Presiden AS Donald Trump.
Namun, pentadbiran Trump mengkritik pemotongan dibuat firma terbabit serta menekankan pelbagai usaha bakal dilaksanakan supaya mampu mengurangkan hutang dan perbelanjaan kerajaan.
Secara khususnya, jumlah dagangan bursa AS mencatatkan $19.41 bilion berbanding purata $17.34 bilion selama 20 hari dagangan penuh.
Untuk fahami lebih mendalam situasi pergerakan pasaran saham global dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, jom sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dengan ahli-ahli aktif mengadakan perbincangan setiap hari. KLIK LINK UNTUK SERTAI!