Wall Street pada Khamis semalam mengalami kejatuhan semula melibatkan saham-saham utama meskipun sebelumnya kembali menghijau pada Rabu lalu.
Faktor kejatuhan ketiga-tiga indeks utama ini disebabkan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan penangguhan tarif untuk tempoh 90 hari di kebanyakan negara, namun memberikan tekanan ke atas China dengan tarif tambahan.
Indeks S&P 500 menurun 3.5%, Dow Jones pula susut 2.5% manakala indeks Nasdaq yang berfokus kepada industri teknologi junam 4.3%.
Pengumuman 90 hari jeda tarif oleh Trump ini, dilaksanakan untuk memberikan tekanan ke atas negara China yang bertindak membalas menganakan tarif 84% ke atas barangan import Amerika.
Republik China membalas tindakan ke atas AS disebabkan Trump bertindak menaikkan tarif sebanyak 145% ke atas China.
Situasi ini menyebabkan peperangan tarif AS dan China berterusan tanpa sebarang penyelesaian.
Perkembangan ini merisaukan para pelabur yang mendorong inisiatif mencari pembekal baharu selepas penurunan indeks.
Trump pada mesyuarat kabinet terbaru ada menyatakan untuk menamatkan perang dagang bersama China melalui rundingan konstruktif, namun China mungkin tidak melihat pada arah yang sama.