Syarikat Pelaburan Mubadala Abu Dhabi menjadi perhatian pada tahun 2024 dengan membelanjakan dana yang banyak pada pelaburan.
Dengan pelaburan berjumlah $29.2 bilion, Mubadala menguasai hampir 20% daripada $136.1 bilion yang dibelanjakan oleh “sovereign wealth funds” SWF di seluruh dunia.
Untuk pengetahuan, SWF merupakan jumlah wang yang dimiliki oleh sesebuah negara yang digunakan untuk menyimpan dan melabur, Norway mempunyai SWF yang terbesar.
Jumlah tersebut menandakan peningkatan mendadak daripada $17.5 bilion yang dilaburkan Mubadala pada 2023.
Sementara itu, Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi, yang menerajui perbelanjaan global pada tahun-tahun sebelumnya, berkurang dengan ketara.
Pelaburannya pada 2024 turun 37% kepada $19.9 bilion, berkurang daripada $31.6 bilion pada 2023.
PIF telah mengalihkan tumpuan ke arah meningkatkan ekonomi domestik Arab Saudi, mengurangkan urusan perniagaan antarabangsa.
Walaupun perbelanjaan PIF berkurangan, negara-negara Teluk terus mendominasi dengan dana kekayaan negara dari Abu Dhabi, Qatar dan Arab Saudi secara kolektif melabur $82 bilion yang memecahkan rekod pada 2024, meningkat 10% daripada tahun sebelumnya.
Sebanyak $27.7 bilion telah dilaburkan terhadap sektor digital seperti teknologi kecerdasan buatan (AI), pusat data dan teknologi angkasa.
Abu Dhabi sedang berusaha untuk menjadi peneraju dalam AI, didorong oleh firma yang disokong kerajaan seperti G42 dan MGX.