Saham Amerika Syarikat (AS) ditutup lebih tinggi dengan Nasdaq mencatat penutupan tertinggi apabila pelabur menjangkakan Federal Reserve (Fed) akan segera menurunkan kadar faedah bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.
Selepas laporan pekerjaan NFP yang lemah pada Jumaat lalu, pelabur kini menjangkakan beberapa pemotongan kadar faedah tahun ini, sekaligus menambah kebimbangan terhadap pasaran pekerjaan AS yang semakin lemah.
Menurut CME FedWatch, pedagang menjangkakan sekurang-kurangnya pemotongan 25 mata asas pada mesyuarat Fed pada 17 September, dengan kadar niaga hadapan menunjukkan 10% kemungkinan pemotongan 50 mata asas.
Indeks S&P 500 naik 0.21% kepada 6,495.15 mata, Dow Jones mengukuh 0.25% kepada 45,514.95 mata, manakala Nasdaq berfokus kepada industri teknologi menokok 0.45% kepada 21,798.70 mata.
Pelabur juga menantikan semakan penanda aras Biro Statistik Buruh pada Rabu jam 10.00 malam waktu Malaysia (MYT) dan data inflasi pengguna (CPI) pada Khamis jam 8.30 malam MYT untuk menilai keadaan ekonomi AS serta mengukuhkan hujah bagi pemotongan kadar yang lebih besar.
Sementara itu, saham Robinhood Markets meningkat 16% dan AppLovin melonjak 12% selepas kedua-dua syarikat diumumkan bakal menyertai S&P 500 berkuat kuasa 22 September.
Sebaliknya, saham syarikat telekomunikasi merosot dengan AT&T dan Verizon masing-masing menyusut lebih 2%, manakala T-Mobile jatuh hampir 4%.
Jumlah dagangan di bursa AS mencatatkan $16.2 bilion, berbanding $16.1 bilion dalam tempoh 20 hari dagangan.