Saham Amerika Syarikat (AS) ditutup bercampur-campur selepas pelabur menjual saham teknologi dan beralih ke sektor bernilai rendah ketika mereka menantikan ucapan pegawai Federal Reserve (Fed) pada persidangan Jackson Hole minggu ini.
Saham teknologi yang sebelum ini mendorong pemulihan daripada penjualan di Wall Street pada April kembali menurun, manakala sektor tenaga, penjagaan kesihatan dan keperluan asas pengguna pula mencatatkan peningkatan.
Saham Nvidia, Advanced Micro Devices, Intel dan Micron dibuka lebih rendah. Pasaran kini menantikan keputusan suku tahunan Nvidia pada 27 Ogos sebagai petunjuk arah permintaan terhadap kecerdasan buatan (AI).
Purata indeks S&P 500 jatuh 0.26% kepada 16.40 mata, Nasdaq berfokus kepada industri teknologi menyusut 0.68% kepada 144.76 mata, manakala Dow Jones pula meningkat 0.00% kepada 1.48 mata.
Pelabur kini bimbang terhadap campur tangan kerajaan apabila pentadbiran Presiden Donald Trump mempertimbangkan untuk mengambil alih pegangan dalam Intel selepas perjanjian hasil luar biasa antara Nvidia dan AMD.
Dalam tumpuan lain, minit mesyuarat FOMC bulan Julai juga menunjukkan hampir semua penggubal dasar bersetuju untuk mengekalkan kadar dana persekutuan pada 4.25% hingga 4.50%, meskipun dua ahli tidak bersetuju.
Sementara itu, Pengerusi Fed Jerome Powell dijadual berucap Jumaat ini pada persidangan tahunan bank pusat di Jackson Hole, Wyoming dengan pasaran menantikan ucapan beliau bagi mendapatkan petunjuk mengenai hala tuju kadar faedah.
Pelabur turut memberi perhatian kepada gesaan Trump supaya Gabenor Fed, Lisa Cook dipecat susulan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam penipuan gadai janji rumah.