Jumlah kerugian yang dianggarkan sebanyak $108 bilion dicatatkan setelah DeepSeek dilancarkan yang menyebabkan pelabur bimbang platform AI tersebut mampu mengatasi AI dari Amerika Syarikat (AS).
Antara nama-nama besar yang mengalami kerugian ialah pengasas Nvidia Jensen Huang kehilangan $20.1 bilion, menandakan kejatuhan 20% dalam kekayaannya.
Larry Ellison yang merupakan Pengasas bersama Oracle Corp, menyaksikan $22.6 bilion lenyap, manakala Dell Michael Dell dan Binance Changpeng Zhao masing-masing kehilangan $13 bilion dan $12.1 bilion.
Platform AI dari China ini mendapat perhatian yang meluas dan yang menarik lagi kos untuk membuat DeepSeek hanya menelan $5.6 Juta, berbanding syarikat-syarikat AI dari barat yang menelan bilion dolar Amerika.
Silicon Valley yang merupakan rumah kepada teknologi-teknologi besar seperti Meta, Nvidia, and Microsoft kini mendapat tamparan yang hebat kerana pelabur mula mempersoalkan perbelanjaan mereka yang menelan bilion dolar untuk cipta AI berbanding DeepSeek.