Pakistan akan menggunakan 2,000 megawatt (MW) tenaga elektrik dalam fasa pertama inisiatif nasional bagi menggerakkan pusat data ai dan perlombongan Bitcoin.
Jumlah tersebut adalah sebahagian daripada rancangan mereka untuk menggunakan ‘lebihan’ elektriknya dalam melombong Bitcoin dan pusat data.
Walau bagaimanapun, sektor tenaga Pakistan kini sedang bergelut dalam cabaran ekonomi termasuklah tarif elektrik yang tinggi dan kapasiti penjanaan berlebihan.
Perkembangan pesat tenaga suria terus mengubah landskap tenaga apabila semakin ramai pengguna beralih kepada sumber alternatif bagi mengurangkan kos yang tinggi.
Menurut kenyataan kementerian, inisiatif ini diterajui oleh Pakistan Crypto Council (PCC), sebuah badan disokong kerajaan, sebagai sebahagian daripada strategi nasional untuk memanfaatkan lebihan elektrik, mewujudkan peluang pekerjaan berteknologi tinggi dan menarik pelaburan asing.
Katanya lagi, peruntukan tenaga sebanyak 2,000 MW ini merupakan fasa pertama pelancaran infrastruktur digital berbilang peringkat di negara itu. – Reuters
Dalam dunia kripto, mereka yang bersedia adalah yang paling untung. Kenal pasti pergerakan pasaran, fahami potensi aset digital dan bina strategi kukuh. Sertai HUSTLE24HOUR Familia dan bergerak bersama komuniti yang celik kripto.