Pasaran saham Wall Street Amerika Syarikat (AS) mengalami peningkatan selepas menunjukkan pergerakan positif kelmarin.
Indeks-indeks utama melonjak disokong oleh tindakan Presiden Donald Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium dan keluli daripada 25% kepada 50% yang berkuatkuasa pada Rabu ini.
Indeks S&P 500 menokok 0.58%, Dow Jones mengukuh 0.51%, manakala Nasdaq berfokus kepada industri teknologi mencanak 0.81%.
Situasi ini berlaku selepas Trump menuduh China melanggar perjanjian saat akhir dan bertindak tidak adil dalam perdagangan dengan mengenakan tarif tinggi, mencuri harta intelek dan memanipulasi mata wang.
Presiden China Xi Jinping dan Trump dijangka mengadakan perbincangan menerusi panggilan telefon minggu ini dalam usaha menangani ketegangan perdagangan antara dua negara.
Pelabur bimbang terhadap isu perang tarif AS-China yang semakin memuncak, meskipun kedua-dua negara telah mengambil pelbagai langkah untuk meredakan konflik tarif dagangan.
Dalam perkembangan lain, pentadbiran Trump turut menggesa negara lain mengemukakan tawaran perdagangan terbaik sebelum Rabu bagi mempercepatkan rundingan sebelum tarif akhir lima minggu.
Kerajaan White House mahu tawaran yang merangkumi komitmen perdagangan digital, tarif, jaminan keselamatan ekonomi, kewajipan khusus mengikut negara, penghapusan halangan bukan tarif serta kuota produk industri.
Sektor teknologi maklumat pula mencatatkan kenaikan sebanyak 1.5% selepas saham Nvidia melebar 2.9% didorong oleh permintaan tinggi cip AI dan keyakinan pelabur terhadap pertumbuhan syarikat tersebut.
Jumlah dagangan bursa AS merekodkan $15.69 bilion berbanding purata $17.8 bilion selama 20 hari dagangan penuh.
Untuk fahami lebih mendalam situasi pergerakan pasaran saham global dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, jom sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dengan ahli-ahli aktif mengadakan perbincangan setiap hari. KLIK LINK UNTUK SERTAI!