Saham Amerika Syarikat (AS) menunjukkan pergerakan bercampur-campur dengan indeks S&P 500 dan Nasdaq Composite mencatatkan sedikit perubahan, selepas Presiden Donald Trump menggesa pelaksanaan tarif baharu terhadap produk dari Kesatuan Eropah (EU).
Menurut Financial Times (FT), pentadbiran Trump merancang mengenakan tarif minimum antara 15% hingga 20% dalam sebarang perjanjian dengan EU, sekaligus mengakibatkan pasaran merosot sebelum sebahagiannya pulih.
Purata indeks utama S&P 500 menyusut 0.01% kepada 0.57 mata, Dow Jones merudum 0.32% kepada 142.30 mata, manakala Nasdaq berfokus kepada industri teknologi pula melonjak 0.05% kepada 10.01 mata.
Para pelabur kekal berwaspada terhadap ancaman tarif Trump, meskipun berasa yakin bahawa langkah itu tidak akan memberi impak besar kepada ekonomi AS.
Dalam perkembangan lain, musim pendapatan syarikat AS bermula minggu ini dengan pelbagai reaksi pasaran. American Express mengatasi anggaran keuntungan suku kedua, namun sahamnya jatuh 2.3%.
Sementara itu, saham mata wang kripto meningkat selepas Dewan Perwakilan AS meluluskan rang undang-undang kawal selia. Pasaran Robinhood dan Coinbase Global masing-masing menaik 4.1% dan 2.2%.
Saham Netflix pula menurun 5.1% walaupun kejayaan siri ‘Squid Game’ berjaya membantu syarikat itu melepasi jangkaan pendapatan.
Untuk fahami lebih mendalam situasi pergerakan pasaran saham global dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, jom sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dengan ahli-ahli aktif mengadakan perbincangan setiap hari. KLIK LINK UNTUK SERTAI!