Saham Amerika Syarikat (AS) menunjukkan peningkatan positif dengan indeks S&P 500 dan Nasdaq mencatatkan penutupan pada paras tertinggi, disokong oleh kenaikan saham Nvidia dan GE Vernova.
Saham GE Vernova melonjak 14.6% ke paras tertinggi sepanjang masa selepas syarikat pembuat peralatan kuasa itu menaikkan unjuran hasil dan aliran tunai bebas, mengatasi jangkaan Wall Street untuk keuntungan suku kedua.
Saham Tesla pula meningkat 0.14% menjelang laporan suku tahunan. Pelabur memberi tumpuan kepada persidangan penganalisis pembuat kenderaan dengan jangkaan penurunan hasil akibat persaingan sengit, kekurangan model kereta baharu dan sentimen terhadap CEO Elon Musk.
Purata indeks utama S&P 500 meningkat 0.78% kepada 6,358.91 mata, Dow Jones melonjak 1.14% kepada 45,010.29 mata, manakala Nasdaq berfokus kepada industri teknologi menokok 0.61% kepada 21,020.02 mata.
Penganalisis menjangkakan pendapatan suku kedua syarikat S&P 500 meningkat 7.5%, didorong oleh syarikat teknologi utama seperti Microsoft dan Nvidia terus menerajui sektor kecerdasan buatan (AI).
Dalam perkembangan lain, lonjakan ini turut disokong oleh keyakinan terhadap perjanjian perdagangan AS-Kesatuan Eropah (EU) yang dijangka menyerupai perjanjian terdahulu antara AS dan Jepun semasa di era Presiden Donald Trump.
Menurut dua diplomat, perjanjian White House dengan EU akan merangkumi tarif 15% ke atas import EU ke AS. Kadar ini juga berkemungkinan melibatkan kereta, mencerminkan perjanjian yang telah dicapai oleh AS-Jepun.
Jumlah dagangan di bursa AS merekodkan $19.1 bilion berbanding purata $17.7 bilion selama 20 hari dagangan penuh.
Untuk fahami lebih mendalam situasi pergerakan pasaran saham global dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, jom sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dengan ahli-ahli aktif mengadakan perbincangan setiap hari. KLIK LINK UNTUK SERTAI!