Pegawai tertinggi kawal selia di Federal Reserve mencadangkan agar kakitangan bank pusat AS dibenarkan melabur dalam jumlah kecil aset kripto untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang teknologi tersebut.
Naib pengerusi penyeliaan Fed, Michelle Bowman berkata dalam satu acara blockchain di Wyoming bahawa pengawal selia wajar mempertimbangkan langkah tersebut supaya kakitangan dapat memahami asas fungsi aset digital.
Beliau juga turut menyebut bahawa mereka akan mewujudkan rangka kerja bagi meringankan pemilikan aset tersebut tidak lama lagi.
Buat masa ini, kakitangan Fed dan ahli keluarga mereka dilarang memiliki aset kripto atau produk berkaitan, termasuk dana dagangan bursa dan saham syarikat kripto.
Larangan itu diperketat pada awal 2022 selepas terbongkar tiga pegawai tertinggi melakukan aktiviti perdagangan luar biasa pada 2020, apabila Fed melaksanakan langkah sokongan untuk ekonomi AS pada awal pandemik COVID-19.
Menurut Bowman, sekatan ketat ini boleh menyukarkan Fed untuk menarik dan mengekalkan pemeriksa dengan kepakaran dalam bidang kripto.
Beliau berpendapat pelonggaran peraturan akan membantu kakitangan memahami teknologi tersebut dengan lebih mendalam.