Kerajaan United Kingdom (UK) dijangka akan memecat 10,000 pekerja yang berkhidmat dalam sektor awam bagi mengurangkan kos kerajaan sebanyak 15%.
Sebelum ini, bilangan pekerja dalam sektor awam di UK meningkat mendadak ketika pandemik Covid-19 bagi memenuhi tuntutan ketika itu.
Menurut Canselor Rachel Reeves, pengurangan kos kerajaan ini dapat memastikan perbelanjaan kerajaan yang lebih cekap.
Selain itu, kerajaan UK juga telah mengguna pakai teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam menjalankan operasi kerajaan yang sudah berjaya menunjukkan kesan positif terutamanya dalam mengesan penipuan cukai.
Walau bagaimanapun, langkah ini mendapat kritikan banyak pihak kerana bimbang akan memberi kesan buruk terhadap perkhidmatan yang penting.
Terdapat juga pihak yang mencadangkan alternatif lain sebagai jalan penyelesaian seperti menaikkan kadar cukai terhadap syarikat-syarikat besar.