Selepas keputusan mesyuarat FOMC diteliti pada Khamis lalu, US dolar berjaya pamerkan corak pemulihan menuju ke sesi-sesi akhir dagangan minggu lepas.
Penganalisis melihat aktiviti pengambilan untung dalam pasaran mendorong peningkatan semula nilai US dolar yang telah mengalami kemerosotan ketara sejak beberapa minggu.
Tumpuan pada minggu ini bakal terarah kepada data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan indeks harga PCE yang boleh mempengaruhi US dolar.
Jika diteliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah menunjukkan penurunan selepas mesyuarat FOMC dari zon 1.09000 sehingga mencecah paras 1.08000 di penghujung minggu.
Paras yang menjadi sasaran itu menjadi support semasa buat harga dengan pergerakan harga di pembukaan sesi awal minggu ini dilihat berlegar di atas zon tersebut.
Namun, harga masih berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu yang menunjukkan isyarat untuk pergerakan bearish dilanjutkan.
Sekiranya penurunan diteruskan selepas ini melepasi support 1.08000, sasaran bakal beralih pula ke sekitar 1.07000.
Harga bakal catatkan paras terendah terbaru 3 minggu jika penurunan dilanjutkan.
Namun jika harga terus membuat lantunan dari zon 1.08000, kenaikan perlu melepasi halangan MA50 untuk berikan isyarat perubahan trend semula.
Seterusnya, zon 1.09000 perlu dilepasi sebelum harga akan cuba mencabar ketinggian 1.09500 yang telah dicapai pada minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK