Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART 2025) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) disahkan mengandungi klausa yang membolehkan negara menamatkan atau menarik diri secara sah jika perlu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan bahawa perkara itu telah diperhalusi secara serius oleh Jemaah Menteri sebelum perjanjian dimeterai.
Beliau menegaskan bahawa Malaysia tidak tunduk kepada mana-mana kuasa asing, sebaliknya menandatangani perjanjian tersebut demi kepentingan pelaburan dan perdagangan yang menguntungkan negara.
Anwar turut menolak dakwaan bahawa ART 2025 mengandungi puluhan klausa yang mengikat Malaysia atau bersifat menjajah. Menurutnya, setiap peruntukan perjanjian telah disemak dengan teliti dan sebarang bentuk penamatan boleh dilakukan melalui prosedur sah yang telah ditetapkan.
Beliau dalam masa sama menyeru semua Ahli Parlimen agar tidak menilai perjanjian itu secara berat sebelah.
Katanya, Malaysia perlu mengekalkan hubungan baik dengan semua negara utama termasuk Amerika Syarikat dan China, demi kestabilan ekonomi serta masa depan negara.
Anwar turut menegaskan bahawa kerajaan sentiasa terbuka untuk memberi penjelasan lanjut di Parlimen bagi memastikan setiap dasar dan perjanjian yang dimeterai berpaksikan kepada kepentingan rakyat dan kedaulatan negara.











![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-75x75.png)



![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-360x180.png)






































![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-120x86.png)




