Pertemuan antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping minggu lalu disifatkan positif oleh penganalisis Raymond James kerana membantu meredakan ketegangan perdagangan yang berlarutan antara dua kuasa besar dunia.
Selepas mesyuarat itu, Trump bersetuju menangguhkan kenaikan tarif timbal balik dan membatalkan rancangan mengenakan duti 100% terhadap barangan China. AS juga akan mengurangkan sekatan terhadap syarikat China dan menurunkan tarif berkaitan fentanyl daripada 20% kepada 10%.
China disisi lain bersetuju menghentikan beberapa sekatan terhadap magnet nadir bumi dan mula mengeluarkan lesen eksport untuk logam penting seperti gallium, germanium, antimony dan graphite, sekaligus menamatkan kawalan eksport yang dikenakan sejak awal tahun.
Rumah Putih berkata perjanjian tersebut menandakan pengakhiran tidak rasmi kepada pusingan kawalan eksport terdahulu, manakala Beijing akan menyambung semula pembelian kacang soya AS yang dijangka membantu sektor pertanian.
Waima, Raymond James memberi amaran bahawa banyak komponen perjanjian itu bersifat sementara dan ketegangan asas antara kedua-dua ekonomi masih kukuh, yang berpotensi mencetuskan turun naik baharu menjelang pertemuan Trump–Xi berikutnya pada April 2026.













			

































