Data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK yang diterbitkan di awal sesi Eropah menunjukkan pertumbuhan stagnan ekonomi Britain untuk bulan Julai selepas catat peningkatan agak kukuh bulan sebelumnya, menandakan momentum ekonomi semakin perlahan.
Pertumbuhan tahunan sebanyak 1.4% juga sedikit di bawah jangkaan pasaran, mencerminkan cabaran berterusan daripada kelemahan permintaan global serta kesan tarif perdagangan yang mula menekan aktiviti eksport.
Sektor domestik pula berdepan dengan persekitaran pasaran buruh yang melemah, sekali gus memberi isyarat bahawa sokongan daripada perbelanjaan isi rumah berkemungkinan semakin terbatas di penghujung suku ketiga tahun ini.
Mata wang Pound tidak menunjukkan pergerakan ketara selepas data diterbitkan, namun angka 0% tersebut berkemungkinan memberi tekanan kepada Bank of England (BOE) untuk mengekalkan pendirian dasar yang ketat jika pertumbuhan terus perlahan.
Sebaliknya, jangkaan bahawa bank pusat mungkin perlu pertimbangkan langkah penurunan kadar faedah lebih awal daripada yang dijangka menambah sentimen negatif terhadap Pound, yang berisiko kekal lemah berbanding dolar AS dalam tempoh terdekat.