Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD mula dilihat keluar dari zon mendatar 100 pips sebelum ini.
Terjunan ketara harga dipaparkan pada dagangan Khamis semalam selepas kenaikan gagal diteruskan dengan paras 1.27000 kekal menjadi rintangan buat harga.
Susulan kebimbangan isu perang tarif yang kembali meningkat dalam pasaran, US dolar sebagai mata wang safe–haven mendapat kelebihan semula sekaligus menekan harga pada carta GBP/USD jatuh ke bawah.
Harga menghampiri zon sokongan 1.26000 di penghujung sesi New York selepas penurunan di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut menunjukkan isyarat bearish.
Memulakan dagangan perlahan di sekitar 1.26000 di pembukaan sesi Asia pagi ini (Jumaat), harga beransur menurun sedikit rendah dari paras itu.
Melihat harga keluar dari zon sideway 1.27000-1.26000 sebelum ini, penurunan lebih rendah bakal dijangkakan menuju tumpuan seterusnya sekitar 1.25000.
Untuk penurunan yang dilanjutkan, sasaran harga akan beralih kepada sekitar 1.24000 pula.
Namun jika harga kembali bergerak naik di atas 1.26000 semula, berkemungkinan harga akan masih meneruskan pergerakannya dalam julat mendatar 100 pips sebelum ini.
Rintangan adalah kekal pada 1.27000 seperti yang diuji pada Rabu lalu, tetapi masih belum berjaya harga ditembusi untuk catatkan ketinggian baharu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK