Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai tokoh Muslim paling berpengaruh ke-10 dalam edisi 2026 buku The World’s 500 Most Influential Muslims, yang diterbitkan oleh Pusat Kajian Strategik Diraja Islam (RISSC), Jordan.
Dalam edisi 2025, Anwar berada di kedudukan ke-15 dalam senarai tersebut. Kenaikan lima anak tangga itu mencerminkan pengiktirafan antarabangsa terhadap kepimpinan beliau, sekaligus membuktikan kedudukan Malaysia di peringkat global.
Menerusi penerbitan berkenaan, Anwar disenaraikan antara 50 tokoh Muslim paling berpengaruh di dunia, bersama-sama beberapa pemimpin terkemuka lain seperti Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani yang menduduki tempat pertama, Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul-Aziz Al-Saud (8) serta Presiden Indonesia, Prabowo Subianto (15).
RISSC turut melaporkan bahawa Anwar kini berada di tangga ketujuh dalam kategori pemimpin Islam dan ahli politik paling berpengaruh di dunia, meningkat daripada kedudukan ke-9 tahun lalu.
Peningkatan itu sekaligus meletakkan beliau di hadapan Prabowo (10) dan Presiden Mesir, Abdel Fattah Saeed Al-Sisi (13).
Penilaian tersebut dibuat berdasarkan tahap pengaruh tokoh Muslim, iaitu keupayaan membawa perubahan ketara dalam dunia Islam atau dalam kalangan umat Islam dari segi budaya, ideologi, kewangan, politik dan lain-lain, sama ada dengan impak positif atau negatif.
Penerbitan itu juga menyebut bahawa Perdana Menteri memainkan peranan penting dalam meredakan ketegangan antara Thailand dan Kemboja, selain lantang menyuarakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin menentang kekejaman rejim Israel.
Menurut RISSC, senarai The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims yang mendapat kerjasama dengan Prince Alwaleed Bin Talal Center for Muslim‑Christian Understanding di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat (AS), membahagikan tokoh-tokoh ke dalam 15 kategori pengaruh seperti Sains dan Teknologi, Pembangunan, Seni dan Budaya, Wanita, Belia dan lain-lain.









![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-75x75.png)





![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-360x180.png)






































![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-120x86.png)




