Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijadualkan melawat Federal Reserve pada hari Khamis menurut kenyataan terkini daripada White House. Ia merupakan langkah yang dilihat sebagai kempen tekanannya terhadap Pengerusi Fed Jerome Powell.
Lawatan tersebut adalah kali pertama dilakukan oleh Presiden AS dalam hampir dua dekad.
Secara tradisinya, Presiden AS sentiasa menghormati kebebasan Federal Reserve dalam menentukan dasar-dasar monetari daripada campur tangan politik.
Tindakan ‘lawatan’ tersebut dilihat sebagai isyarat simbolik yang memperlihatkan tekanan terbukanya ke atas Jerome Powell susulan keenganannya menurunkan kadar faedah.
Trump sebelum ini beberapa kali mengkritik Pengerusi Jerome Powell sambil mengutarakan cadangan untuk memecatnya meskipun wujud persoalan dari segi undang-undang mengenai kuasa presiden untuk berbuat demikian.
Dalam kenyataannya, Trump menganggap Powell menjalankan tugasnya dengan teruk dan beliau akan melepaskan jawatannya tidak lama lagi.
Pada minggu lepas, Presiden AS meminta pandangan daripada ahli politik Republikan berhubung pemecatan Powell.
Walau bagaimanapun, Powell menegaskan bahawa pemecatannya tidak dibenarkan di bawah undang-undang.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!