Jerome Powell dijangka memberi isyarat berhati-hati menjelang mesyuarat Fed hujung bulan ini ditengah ekonomi AS yang kian berkembang melebihi jangkaan tetapi kekal tidak seimbang akibat dasar tarif dan imigresen.
Fed kini berhadapan kekurangan data rasmi akibat penutupan kerajaan, menjadikan ucapan Powell tumpuan utama bagi petunjuk halatuju dasar monetari. Pasaran menjangka pemotongan kadar suku mata pada Oktober dan Disember.
Ahli ekonomi menilai ekonomi AS kini ditarik dua arah iaitu tarif dan sekatan buruh yang menekan aktiviti, sementara pelaburan besar dalam AI mendorong produktiviti.
Pandangan pembuat dasar juga terbahagi antara kebimbangan inflasi dan kelemahan pasaran pekerjaan, dengan sesetengah menyokong pemotongan kadar berperingkat bagi mengelak kesilapan dasar.
Fed Philadelphia memberi amaran bahawa pertumbuhan kini bergantung kepada asas yang terhad, manakala risiko inflasi jangka panjang akibat tarif kekal tinggi hingga 2026.