Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS apabila peniaga terus memantau potensi perjanjian perdagangan antara AS dan China, di samping kebimbangan geopolitik yang berterusan.
Pada jam 10.30 pagi, ringgit berada pada paras 4.2910 iaitu kekal tidak ketara berbanding dolar AS daripada ia ditutup 4.2840 pada Rabu lepas.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun mata wang sedang pesat membangun telah mula stabil, Indeks Dolar AS (DXY) semakin mendapat tempat.
Sentimen pasaran agak positif dan stabil kerana kebuntuan antara AS dan China kelihatan seperti surut, membuka jalan kepada perjanjian perdagangan pada satu ketika pada masa depan.
Beliau menjangkakan dolar-ringgit kekal di sekitar paras semasa hari ini.
Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit dibuka tinggi.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9230/9377 daripada 2.9373/9425, menambah nilai berbanding pound British kepada 5.6867/7146 daripada 5.7191/7285, dan meningkat berbanding euro kepada 4.7931/8166 daripada 4.8204/8282.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding rakan sejawatnya di ASEAN dalam urus niaga awal.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2942/3110 daripada 3.3045/3104 dan melonjak berbanding baht Thailand kepada 12.8226/8989 daripada 12.8920/9208 sebelumnya.
Bagaimanapun, ia susut berbanding peso Filipina kepada 7.67/7.71 daripada 7.66/7.68 dan rendah sedikit berbanding rupiah Indonesia pada 258.8/260.3 daripada 258.6/259.2. – Bernama
Dalam ketidaktentuan ekonomi global hari ini, peluang terbesar datang kepada mereka yang bijak membaca trend mata wang, memahami pergerakan USD, dan menguruskan risiko dengan cekap. KLIK LINK untuk sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dan mula bina kelebihan anda dalam pasaran mata wang sekarang!