Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Isnin di tengah-tengah dagangan berhati-hati menjelang pengenaan tarif import kerajaan AS ke atas Kanada, Mexico dan China.
Pada jam 9.30 pagi, ringgit berada pada paras 4.4540 iaitu memulih 0.13% berbanding dolar AS daripada ia ditutup 4.4600 pada penutup Jumaat lepas.
Tarif 25% ke atas Kanada dan Mexico dijadualkan berkuat kuasa pada hari Selasa sama seperti tarif 10% ke atas China dijangka dikuatkuasakan pada 4 Mac.
Ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Afzanizam Rashid berkata tajuk utama inflasi Federal Reserve (Fed) iaitu data PCE AS dengan masing-masing menurun kepada 2.5% dan 2.6%, pada Januari 2025 menunjukkan bahawa dasar monetari terjamin pada risiko yang lebih tinggi.
Selain itu, Fed dijangka mengekalkan kadar stabil sehingga mereka yakin bahawa kadar inflasi akan bergerak ke arah sasaran dua peratus.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9564/2.9605 daripada 2.9682/2.9717 pada penutup Jumaat, tetapi susut berbanding pound Britain kepada 5.6185/5.6255 daripada 5.6174/5.6237 pada akhir minggu lepas dan jatuh berbanding euro kepada 4.6423/4.6481 daripada 4.6362/4.6414.
Sebaliknya, mata wang tempatan didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang Asean.
Ia menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.3036/3.3081 daripada 3.3069/3.3108 pada Jumaat, meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.0242/13.0498 daripada 13.0455/13.0670 dan meningkat berbanding rupiah Indonesia daripada 268.6/269.1 daripada 268.7/269.1.
Bagaimanapun, ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.69/7.70. – Bernama