Mata wang tempatan catat aliran tinggi ketara berbanding dolar AS, apabila sentimen pasaran menilai potensi penurunan kadar faedah AS pada September nanti.
Pada jam 10 pagi, ringgit berada pada paras 4.1850 iaitu positif 0.48% berbanding dolar AS sejak ia dibuka pada awal dagangan Khamis di sesi sesi Asia.
Ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menyifatkan momentum yang lebih perlahan disebabkan ketidaktentuan mengenai langkah dasar Fed AS yang seterusnya.
Beliau berkata kemungkinan pasaran untuk penurunan kadar AS telah meningkat dengan ketara berikutan kenyataan Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent, mencadangkan Fed perlu mengurangkan kadar dananya sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan datang.
Ringgit dijangka akan meningkat lagi, berpotensi mengheret pasangan USD/MYR di bawah paras RM4.20.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah dalam urus niaga awal.
Ia jatuh kepada 2.8608/8688 berbanding yen Jepun daripada 2.8554/8586 sebelum ini, dan susut kepada 5.7106/7262 berbanding pound Britain daripada 5.7078/7139, walaupun ia meningkat kepada 4.9243/9378 daripada 4.9305/9357 berbanding euro.
Pergerakan mata wang serantau bercampur-campur.
Mata wang tempatan mengukuh kepada 3.2858/2953 berbanding dolar Singapura daripada 3.2864/2902 dan meningkat kepada 13.0235/0700 berbanding baht Thailand daripada 13.0276/0476.
Ia hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 259.4/260.3 daripada 259.4/259.8 dan stabil pada 7.41/7.43 berbanding peso Filipina. – Bernama