Ringgit dibuka lebih kukuh pada Khamis, meningkat didorong oleh dolar AS yang lebih lemah berikutan terbitan laporan minit Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).
Pada jam 10 pagi, ringgit berada pada paras 4.2190 iaitu positif 0.12% berbanding dolar AS sejak ia dibuka pada awal dagangan Khamis di sesi Asia.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata minit itu menunjukkan Federal Reserve AS berada dalam corak stabil kerana ia menilai kejutan yang didorong oleh tarif ke atas ekonomi, khususnya inflasi.
Cetus pelbagai pendapat sama ada kesannya hanya bersifat sementara atau berterusan.
Katanya lagi, ahli Fed Michelle Bowman dan Christopher Waller, dua ahli FOMC yang tidak bersetuju dan menyokong pemotongan 25 mata asas, mereka percaya kesan inflasi yang didorong oleh tarif adalah bersifat sementara.
Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.05% kepada 98.218 selepas minit menghantar isyarat bercampur-campur kepada pelabur. Perhatian kini beralih kepada ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell di Simposium Jackson Hole pada hari Jumaat.
Sementara itu, ringgit dijangka akan didagangkan dalam julat sempit kerana pemain pasaran kekal berhati-hati, walaupun kemungkinan pemotongan 25 mata asas pada bulan September adalah tinggi.
Ringgit juga meningkat berbanding sekumpulan mata wang.
Ia menokok berbanding euro kepada 4.9156/9325 daripada 4.9196/9242 pada hari Rabu, meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8646/8747 daripada 2.8648/8677 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6809/7004 daripada 5.7033/7087.
Berbanding unit ASEAN, ringgit meningkat kepada 3.2828/2943 berbanding dolar Singapura daripada 3.2864/2898, meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9528/13.0037 daripada 12.9756/9935, naik kepada 259.2/260.2 berbanding 259.2/260.2 rupiah berbanding Indonesia.
Ia juga meningkat kepada 7.40/7.43 berbanding peso Filipina daripada 7.41/7.42. – Bernama