Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada awal pembukaan Selasa apabila para pelabur tertumpu pada kebimbangan mengenai tarif timbal balik yang dijangka berkuat kuasa pada 9 April dan mendorong nada yang lebih berhati-hati.
Pada jam 9.50 pagi, ringgit berada pada paras 4.4480 berbanding dolar AS daripada ia ditutup 4.4775 pada penghujung dagangan Isnin.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) telah meningkat secara berterusan kepada 103.26, mencerminkan permintaan yang lebih kukuh untuk mata wang selamat itu.
Katanya, ringgit susut 1.04 peratus berbanding dolar AS semalam, ditutup pada RM4.4835.
Ketidakpastian ini berkemungkinan mengekalkan peniaga dan pelabur dalam sikap berhati-hati.
Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0385/0522 daripada 3.0655/0704, meningkat berbanding euro kepada 4.9044/9263 daripada 4.9100/9172, dan menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.7207/7462 daripada 5.7491/7572.
Bagaimanapun, mata wang tempatan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang Asean.
Ia lemah berbanding baht Thailand kepada 12.9350/13.0080 daripada 12.9128/9408, jatuh berbanding rupiah Indonesia kepada 266.9/268.1 daripada 266.1/266.6, dan susut berbanding peso Filipina kepada 7.81/7.85 daripada 7.79/7.
Bagaimanapun, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3210/3360 daripada 3.3228/3281. – Bernama