Ringgit melantun semula untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa, apabila pasaran menilai prospek dasar tarif Presiden AS Donald Trump.
Pada jam 10.10 pagi, ringgit berada pada paras 4.2400 iaitu positif 0.31% berbanding dolar AS daripada ia ditutup 4.2530 pada penutup dagangan Jumaat lepas.
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata ringgit disokong oleh dolar yang lebih lemah, didorong oleh ketegangan perdagangan AS-China yang diperbaharui dan kebimbangan mengenai kemungkinan tarif dan cukai baharu daripada Washington.
Beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY) turun 0.11 peratus kepada 98.60 mata daripada 99.00 pada penutup Jumaat, menyokong mata wang lain juga.
Kenyataan daripada Beijing dan Washington menandakan kekecewaan terhadap komitmen perdagangan yang tidak dipenuhi.
Sementara itu, ketidaktentuan mengenai tarif ‘balas dendam’ yang dicadangkan Donald Trump mendapat kelulusan dewan rakyat dan jangkaan dovish oleh Federal Reserve (Fed) terus membebani dolar AS.
Pada pembukaan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama dan rakan setara Asean.
Ia menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.7134/7574 daripada penutup Jumaat pada 5.7284/7385, tetapi lemah berbanding yen Jepun kepada 2.9567/9799 daripada 2.9531/9585, dan susut berbanding euro kepada 4.8270/8643 daripada 4.8169/8254.
Berbanding mata wang Asean, ringgit meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.57/7.63 daripada 7.62/7.64, tetapi susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2808/3066 daripada penutup Jumaat 3.2938/3002 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 259.4/261.5 daripada 260.4/261.1. – Bernama
Dalam ketidaktentuan ekonomi global hari ini, peluang terbesar datang kepada mereka yang bijak membaca trend mata wang, memahami pergerakan USD, dan menguruskan risiko dengan cekap. KLIK LINK untuk sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dan mula bina kelebihan anda dalam pasaran mata wang sekarang!