Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain disokong oleh pengumuman Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR).
Pada jam 9.40 pagi, ringgit berada pada paras 4.4370 berbanding dolar AS daripada ia ditutup 4.4340 pada penutup dagangan Rabu.
Bank pusat mengekalkan OPR pada 3.0 peratus semasa mesyuaratnya semalam.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pendirian dasar monetari sedia ada menyokong pertumbuhan negara.
Sementara itu, Indeks Dolar AS (DXY) meningkat sedikit kepada 108.219 mata daripada 108.062 mata sebelum ini apabila pasaran terus memberi tumpuan kepada pengumuman dasar Presiden AS Donald Trump.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama.
Ia meningkat berbanding euro kepada 4.6144/6316 daripada penutupan Rabu pada 4.6313/6376, meningkat berbanding pound British kepada 5.4590/4793 daripada 5.4822/4896, dan meningkat lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 2.8336/8445 daripada 2.8480/8522.
Nota tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.
Ia mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.0689/1249 daripada 13.1106/1345 dan meningkat sedikit berbanding dolar Singapura pada 3.2710/2836 daripada 3.2781/2828.
Bagaimanapun, nota tempatan didagangkan hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia pada 272.3/273.4 berbanding 272.3/272.8, dan berbanding peso Filipina pada 7.58/7.61 berbanding 7.58/7.59 pada Rabu. – Bernama