Sentimen pasaran yang berhati-hati dan kekurangan pemangkin tempatan telah menyebabkan ringgit diniagakan lebih mudah berbanding dolar AS pada pembukaan hari ini.
Pada jam 10.20 pagi, ringgit berada pada paras 4.4670 iaitu susut 0.59% berbanding dolar AS daripada ia ditutup 4.4410 pada Khamis lepas.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Afzanizam Rashid berkata peniaga dan pelabur berhati-hati menjelang keluaran data inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS malam ini yang merupakan tolok inflasi pilihan Fed.
Katanya lagi, ringgit boleh kekal lemah hari ini, dengan pasangan USD/MYR berkemungkinan berlegar di sekitar paras tahan segeranya pada RM4.45.
Di sebalik asas ekonomi Malaysia yang kukuh, beliau menegaskan bahawa kekurangan pemangkin tempatan telah mempengaruhi permintaan terhadap ringgit.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama.
Ia lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.6090/5.6317 daripada 5.6303/5.6392 dan bertambah baik berbanding euro kepada 4.6284/4.6472 daripada 4.6559/4.6633, tetapi lebih rendah berbanding yen Jepun pada 2.9657/2.9639.
Mata wang tempatan itu didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.
Ia menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.3015/3.3153 daripada 3.3122/3.3177 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.0636/13.1241 daripada 13.0964/13.1240.
Ia susut berbanding peso Filipina kepada 7.69/7.73 daripada penutup semalam 7.67/7.69 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 270.5/271.8 daripada 269.8/270.4. – Bernama