Pasaran Wall Street mencatatkan kejatuhan pada awal minggu susulan ketidakpastian tarif Presiden Donald Trump dan data gaji kukuh yang menjejaskan pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).
Trump mengumumkan beliau akan melanjutkan tarif dari 9 Julai kepada 1 Ogos bagi membuka ruang tambahan kepada negara lain untuk mencapai perjanjian perdagangan.
Beliau menegaskan bahawa sekiranya tiada sebarang kemajuan atau perjanjian dicapai menjelang tarikh tersebut, tarif baharu dijangka akan dikuatkuasakan.
Selanjutnya, tindakan tersebut memberi tekanan kepada pelbagai negara dalam mempercepatkan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) sebelum tempoh pelanjutan berakhir.
Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent menyatakan tarif akan bermula 1 Ogos sekiranya tiada perjanjian dicapai, namun beliau menjangkakan lebih banyak perjanjian bakal diumumkan dalam masa terdekat.
Washington telah memeterai perjanjian perdagangan dengan UK, Vietnam dan China, sementara tumpuan kini beralih kepada kemungkinan rundingan dengan Jepun, India dan Kesatuan Eropah (EU).
Purata indeks utama S&P 500 menyusut 0.3 kepada 6,303.0 mata, Dow Jones merudum 0.3% kepada 44,972.0 mata, manakala Nasdaq berfokus kepada industri teknologi melemah 0.3% kepada 22,987.0 mata.
Dalam perkembangan lain, data gaji bukan ladang pada bulan Jun yang dikeluarkan pada Khamis lepas mencatatkan bacaan lebih tinggi, sekaligus menunjukkan pasaran buruh AS kekal stabil.
Situasi ini menunjukkan ekonomi masih belum cukup lemah untuk memerlukan rangsangan dalam bentuk pemotongan kadar faedah oleh Fed.
Selepas laporan Khamis dikeluarkan, jangkaan terhadap pemotongan kadar pada Julai dan September merosot yang mencerminkan ekonomi sedikit kukuh dalam mengekalkan kadar semasa lebih lama.
Untuk fahami lebih mendalam situasi pergerakan pasaran saham global dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, jom sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dengan ahli-ahli aktif mengadakan perbincangan setiap hari. KLIK LINK UNTUK SERTAI!