Prestasi cemerlang saham syarikat-syarikat teknologi telah mendorong pasaran saham Amerika Syarikat (AS) berada di paras tinggi pada selasa dengan NVIDIA melonjak 3.4%, teknologi Micron naik 10.5% dan hasil laporan yang positif dari Foxconn.
Pada Selasa, indeks saham S&P 500 naik 0.55%, manakala Nasdaq melonjak 1.24%, namun Purata Perindustrian Dow Jones merosot sedikit sebanyak 0.06%.
Saham FuboTV melonjak lebih 251% selepas Disney mengumumkan rancangan untuk menggabungkan Hulu + Live TV dengan syarikat penstriman.
Berita ini telah mengujakan para pelabur, menyebabkan saham Fubo melonjak.
Selain itu, terdapat laporan yang menyatakan bahawa tarif yang dicadangkan oleh Trump mungkin tidak seteruk yang dijangkakan oleh kebanyakan pakar.
Hal ini telah menyumbang kepada market sentimen yang positif dan meredakan kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan global, memberikan rangsangan kepada pasaran.
Pelabur tetap berharap bahawa kenaikan pasaran saham akan berterusan dengan perkembangan yang positif ini.