Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Indeks utama Wall Street ditutup lebih rendah pada sesi dagangan Selasa apabila saham teknologi berwajaran tinggi mengalami penurunan selepas mencatatkan keuntungan ketara pada minggu lalu.
Situasi tersebut menjejaskan indeks S&P 500 yang sebelum ini mencapai paras tertinggi.
Sektor teknologi maklumat menjadi faktor utama penurunan S&P 500 dengan kebanyakan saham berkaitan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) menunjukkan prestasi negatif.
Saham Nvidia merosot 1.2%, manakala Palantir Technologies jatuh 2.4%.
Indeks Dow Jones menjunam 0.51% kepada 249.04 mata, S&P 500 menyusut 0.35% kepada 24.20 mata, manakala Nasdaq Composite pula merosot 0.50% kepada 118.75 mata.
Walau bagaimanapun, ketiga-tiga indeks utama dijangka berada pada kedudukan terbaik untuk mencatat keuntungan bulanan yang lebih kukuh dengan Dow Jones dan S&P 500 kini merekodkan prestasi positif bagi bulan kelapan berturut-turut.
Sementara itu, saham kenderaan elektrik (EV), Tesla jatuh 3.3% selepas mencapai paras tertinggi minggu lalu, sekali gus memberi tekanan kepada sektor tersebut.
Tumpuan pelabur kini beralih kepada minit mesyuarat FOMC pada jam 3 pagi waktu Malaysia untuk mendapatkan petunjuk lebih luas mengenai pemotongan kadar faedah sebanyak 25 mata asas oleh Federal Reserve (Fed), serta hala tuju dasar monetari bagi tahun 2026.
Jumlah dagangan di bursa AS bernilai $13.08 bilion, berbanding purata $16.2 bilion dalam tempoh 20 hari dagangan penuh.


























































