TikTok telah kembali beroperasi semula di Amerika Syarikat (AS) selepas penutupan singkat kerana undang-undang yang bertujuan untuk mengharamkan aplikasi pada Ahad semalam.
Syarikat itu mengucapkan terima kasih kepada Presiden Donald Trump kerana membantu memulihkan perkhidmatannya.
Walaupun pentadbiran Biden berkata ia tidak akan menguatkuasakan larangan itu, Trump bertindak untuk memastikan aplikasi itu terus beroperasi di AS.
Penutupan itu berlaku kerana pemilik TikTok China, ByteDance, ditekan untuk jual operasi mereka di AS kepada syarikat yang tiada kaitan dengan China.
Dijangkakan berjuta-juta pengguna terkesan oleh penutupan, Trump mengeluarkan perintah untuk menangguhkan larangan itu, memberikan lebih banyak masa untuk mencapai perjanjian.
Trump mencadangkan AS harus memiliki 50% daripada TikTok, dengan alasan nilainya boleh meningkat dengan ketara.
TikTok segera menyambung semula operasi, memberi jaminan kepada pengguna Amerika.
Walau bagaimanapun, penangguhan terhadap sekatan aplikasi tersebut dibenarkan jika terdapat sebarang kemajuan mengenai jualan, namun ByteDance menolak sebarang penjualan.
ByteDance dijangka akan menghadapi sekatan sama di masa depan sekiranya mereka masih tiada apa-apa perjanjian berkenaan penjualan aplikasi TikTok.